GENTING HIGHLAND (MID SEMESTER) 3 HARI 2 MALAM (G1: 7-9 OGOS 2008 & G2: 17-19 OGOS 2008)
HARI 01
Bertolak dari Kedah ke Skyway Genting. Naik kereta kabel ke puncak Genting.
Tiba di puncak, daftar masuk ke hotel. Selepas makan tengahari, masa lapang untuk aktiviti sendiri
Makan malam di hotel.
HARI 02
Selepas sarapan di hotel, bersuka ria di Kota Keriangan Genting.
HARI 03
Sarapan di hotel. Aktiviti sendiri sehingga masa untuk daftar keluar. Selepas daftar keluar, bergerak ke stesen kereta kabel. Bas menunggu di stesen di bawah untuk KL city tour dan kembali ke UUM.
Harga Pakej (seorang) : Bilik kongsi 2 orang First World Hotel RM 250.00 seorang (Min 40 orang)
Harga Pakej Termasuk :
Penginapan 2 malam di First World Hotel beserta sarapan pagi ( Bilik Standard )
Pengangkutan bas pergi dan balik ke stesen kereta kabel di Awana Genting Highlands
Tiket Taman Tema Genting (One Day Unlimited Ride Pass Ticket)
Harga Pakej Tidak termasuk :
Perbelanjaan peribadi seperti bil telefon, dobi dan lain-lain
Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
Nota : Aturcara di atas adalah tidak muktamad, bergantung kepada perubahan semasa
- Pendaftaran selewat-lewatnya 25 Julai 2008 - Terhad untuk 40 orang sahaja
PAKEJ LANGKAWI
LANGKAWI (MID SEMESTER) 3 HARI 2 MALAM
(G1: 7-9 OGOS 2008 & G2: 17-19 OGOS 2008)
HARI PERTAMA
Tiba di Langkawi, peserta terus di bawa melawat :
Taman Lagenda - Dataran Helang
Budaya Kraftangan - Pasir Hitam
Atma Alam - Kristal
Beras Terbakar
(peserta boleh memilih tempat lawatan berbayar bagi menggantikan tempat lawatan yang disenaraikan di atas)
peserta akan di bawa ke tempat-tempat :
- Galeri Perdana RM 5.00 - Makam Mahsuri RM 5.00 - Taman Burung RM 12.00 - Cable Car RM 15.00 - Underwater World RM 28.00
Peserta di bawa pulang ke penginapan
aktiviti bebas
HARI KEDUA
Aktiviti bebas
HARI KETIGA
Sarapan pagi dan check out, peserta berkumpul di lobi untuk bertolak ke Pekan Kuah bagi acara membeli belah sebelum bertolak pulang.
HARGA PAKEJ:
RM 200.00 seorang( Min 40 orang)
RM 270.00 seorang (Min 10 orang)
HARGA PAKEJ TERMASUK :
Pengangkutan pergi dan balik ke jeti
Tiket feri pergi dan balik dari Kuala Perlis
Penginapan
Pemandu Pelancong
Nota : Aturcara di atas adalah tidak muktamad, bergantung kepada perubahan semasa
Pendaftaran selewat-lewatnya 25 Julai 2008
PAKEJ MINANGKABAU
PADANG – BUKIT TINGGI TOUR (MINANGKABAU TOUR)
4 HARI 3 MALAM
(G1: 16-19 OGOS 2008 & G2: 23-26 NOVEMBER 2008)
HARI 01 : AIRPORT – PADANG CITY TOUR – BUKIT TINGGI ( L , D )
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, peserta di bawa ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan singgah di Air Terjun Lembah Anai, Desa Kerajinan Songket Pandai Sikek. Check in hotel. Dinner ala Minangkabau MAKAN BAJAMBA.
HARI 02 : BUKIT TINGGI – BATU SANGKAR - PAYAKUMBUH TOUR ( B , L , D )
Lawatan bermula ke Batu Sangkar, dalam perjalanan singgah di Tabek Patah yang terkenal dengan pemandangan indah. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, peserta di bawa melawat Istana Putri Selindung Bulan, Danau Singkarak, dan kembali ke Bukit Tinggi melewati Padang Panjang dan singgah di Minangkabau Village. Kembali ke Hotel dan aktiviti bebas.
HARI 03 : BUKIT TINGGI – AIRPORT ( B , L , D )
Lawatan merangkumi panorama Ngarai Sianok, Jam Gadang, dan Pasar Atas Bukit Tinggi. Selepas itu, peserta di bawa ke Tasik Maninjau melalui Kelok 44. selepas makan tengahari di restoran tempatan, bertolak ke padang untuk melawat Pantai Padang, Pelabuhan Lama Padang, dan Jambatan Siti Nurbaya seterusnya check in hotel. Aktiviti bebas.
HARI 04 : HOTEL – AIRPORT ( B )
Selepas sarapan, aktiviti bebas sehingga tiba waktu bertolak pulang.
HARGA PAKEJ:
RM 950.00 seorang( Min 40-50 orang)
RM 1000.00 seorang ( Min 25-27 orang)
RM 1100.00 seorang (Min 6-10 orang)
HARGA PAKEJ TERMASUK :
Pengangkutan ke Airport LCCT(KLIA)
Tiket Penerbangan pergi dan balik
Penginapan selama 3 malam
Pengangkutan selama tour di Padang
Pemandu Pelancong
Airport tax
Makan 9 kali
Nota : Aturcara di atas adalah tidak muktamad, bergantung kepada perubahan semasa
Pendaftaran selewat-lewatnya G1: 15 Julai 2008& G2: 15 September 2008
PAKEJ UMRAH
PAKEJ UMRAH
SYARAT TEMPAHAN
PENGESAHAN TEMPAHAN: Pengesahan tempahan dilakukan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perjalanan.
DEPOSIT: Deposit mestilah diserahkan semasa pengesahan tempahan dilakukan sebanyak RM 1,000.00 seorang dan baki hendaklah dijelaskan 30 hari sebelum tarikh berlepas.
PEMBATALAN: Setiap pembatalan akan dikenakan caj-caj yang berkaitan mengikut keadaan semasa.
DOKUMEN PERJALANAN: Pastikan semua dokumen perjalanan yang di perlukan untuk urusan permohonan visa diserahkan bersama-sama dengan pasport ketika pembayaran deposit dibuat.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PASPORT SAH LAKU (6) BULAN PERJALANAN
GAMBAR (4) SETIAP SEORANG JEMAAH
BUKU SUNTIKAN MENINGATICE ATAU MENINGACOCAL
SALINAN SURAT NIKAH
SALINAN SURAT KELAHIRAN BAWAH 12 TAHUN (KANAK-KANAK)
BORANG PENDAFTARAN YANG PERLU DIISI DENGAN LENGKAP
PENTING
Ukuran gambar dari telinga kanan ke telinga kiri 3 cm.
Ukuran gambar dari hujung rambut di sebelah atas hingga bawah dagu 4 cm.
Latar belakang gambar hendaklah cerah (putih). Gambar tidak boleh menggunakan latar belakang berwarna seperti merah, biru atau sebagainya.
Gambar jemaah haji wanita hanya dibenarkan memakai tudung berwarna hitam atau gelap seperti biru tua. Tudung berwarna selain gelap tidak dibenarkan sama sekali. (Arahan Kedutaan Saudi Arabia)
Gambar bakal jemaah lelaki tidak dibenarkan memakai songkok, kopiah, serban, topi atau apa sahaja yang menutup kepala
CONTOH SAIZ GAMBAR VISA
HARI 01 - KUALA LUMPUR / JEDDAH
Berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah. Tiba di Jeddah para jemaah akan disambut oleh wakil kami dan terus ke Madinah dengan menaiki bas yang berhawa dingin, perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 7 jam.
HARI 02 - MADINAH Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi Makan Rasulullah S.A.W. aturcara bebas.
HARI 03 - MADINAH / ZIARAH
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah iaitu Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qubiallah, Masjid Tujuh dan diakhiri Pasar Tamar untuk membeli-belah.
HARI 04 - MADINAH / MAKKAH
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan diberitahu oleh wakil kami bagi persiapan menuju ke Makkah, selepas melakukan 'Ziarah Widak' (ziarah selamat tinggal) di Makam Rasulullah S.A.W. para jemaah dikehendaki memakai ihram, kemudian para jemaah akan dibawa bermiqat di Bir Ali dan seterusnya ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Para jemaah akan menginap di Hotel di Makkah, pengerjaan umrah akan dipandu oleh wakil kami di sana.
HARI 05 - MAKKAH
Aturcara bebas. Perbanyakkan ibadat di Masjidil Haram.
HARI 06 - MAKKAH / ZIARAH
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah dan tempat perlaksanaan mengerjakan ibadat Haji iaitu Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, dan diakhiri ke Masjid Ja'ananah (Niat Umrah). Aturcara bebas.
HARI 07-12 - MAKKAH
Aturcara bebas. Perbanyakkan ibadat di Masjidil Haram.
HARI 13 - MAKKAH / JEDDAH
Sebelum bertolak ke Jeddah para jemaah diwajibkan Tawaf Widak' sebelum meninggalkan Makkah untuk ke Lapangan Terbang Jeddah bagi penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 14 - KUALA LUMPUR
Insyaallah selamat tiba di Kuala Lumpur.
PENGINAPAN:
MADINAH = HOTEL DALLAH TAIBAH @ SETARAF
MAKKAH = HOTEL FARRAH @ SETARAF
PENGINAPAN: 3 DAN 4 ORANG SEBILIK
HARGA TERMASUK:-
Tiket penerbangan pergi/balik kelas ekonomi (KUL/JED/KUL)
Penginapan seperti dalam aturcara
Bag Traveling (besar & kecil serta buku panduan umrah)
Makan dan minuman seperti dalam aturcara
Ziarah /madinah dan Makkah
Hari
Destinasi
Lokasi
01
KUL/JEDDAH
Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah
02
MADINAH
Masjid Nabawi
03
MADINAH
Ziarah sekitar Bandar Madinah
04
MADINAH/MAKKAH
Miqat di Bir Ali (Ihram)
05
MAKKAH
Masjidil Haram
06
MAKKAH
Ziarah di sekitar tempat melakukan Ibadat Haji
7-12
MAKKAH
Masjidil Haram
13
MAKKAH
Lapangan Terbang King Abdul Aziz ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur
14
MALAYSIA
INSYAALLAH
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pejabat
: 04 9243266
Hamdan
: 017 4654134
Awang Kechik
: 019 5676061
Mejar (B) Ismail
: 019 4576873
Haji Ahmad
: 012 5342528
PENERBANGAN AWAL DIJANGKA PADA AWAL BULAN APRIL...
**SEBARANG PINDAAN DAN HARGA TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA**